rumah-sungai-my-river-village-van-sewaan-toyota-hiace-pemandu-penumpang-rental-van-lenggong-kuak-raban-changkat-berangan-rumah-sungai-lata-papan

Projek Derma Sedeqah

Surau Ibrahimiah Kampung Kuak Lata Papan

surau-kampung-kg-kuak-lata-papan-rumah-sungai-ibrahimiah-derma-sedeqah-masjid-pahala-saham-akhirat

 

Adalah disyorkan kita membantu pembiayaan Surau Ibrahimiah Kampung Kuak Lata Papan bagi penyelenggaraan bulanan(elektrik & air serta aktiviti- aktiviti surau), kita buka beberapa slot menderma sebagai komitmen apabila menerima gaji ataupun bonus kelak. Penduduk asal di dalam dan luar Kampung Kuak Lata Papan amat digalakkan. Antara slot yang ada:

 

1. HambaAllah_RM200
2. HambaAllah_RM100
3. HambaAllah_RMxx

 

xx itu adalah jumlah yang anda boleh beri komitmen. Jika kita dapat:

10 orang HambaAllah_RM200
Total = RM2 ribu ✅ Target achieved!

5 orang HambaAllah_RM200 + 10 orang HambaAllah_RM100
Total = RM2 ribu ✅ Target achieved!

20 orang HambaAllah_RM100
Total = RM2 ribu ✅ Target achieved!

 

Komitmen sumbangan derma/sedeqah ini hendaklah dibank- in selewat-lewatnya pada 7 haribulan bulan selepasnya.

 

Nama Bank: Bank Simpanan Nasional

Nama akaun: Jawatankuasa Surau Kg Lata Papan

Nombor akaun: 0821841000051622

 

Kepada yang boleh berikan komitmen, boleh pm saya untuk saya kemaskini senarai dan followup untuk bank-in kelak. Sama-sama dengan usaha ini kita mampu turut serta mengimarahkan surau kampung kita sendiri. Terima kasih.

KLIK SINI UNTUK SERTAI KOMITMEN BULANAN SURAU IBRAHIMIAH

 

surau-kampung-kg-derma-kuak-lata-papan-rumah-sungai-ibrahimiah-derma-sedeqah-masjid-pahala-saham-akhirat

Anda Dijemput Untuk Solat Berjemaah di Surau Ibrahimiah

 


Air Terjun Lata Papan

air-terjun-lata-papan-kuak-kampung-kg-mandi-sungai-resort-rumah-inap-desa-berkelah

Lata Papan adalah nama sebuah air terjun yang terletak di daerah Lenggong, Perak, Malaysia. Air terjun ini terkenal dengan keindahan alam dan pemandangan yang indah, dan sering menjadi tempat beriadah bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana alam yang sejuk dan tenang. Lata Papan juga sering digunakan sebagai lokasi untuk mandi sungai, berenang dan memancing. Bagi pengunjung yang menyukai aktiviti alam, Lata Papan adalah tempat yang sempurna untuk menikmati suasana alam dan beristrirehat.

Direktori

Kuak Hill

Rumah Sungai

MY River Village

Teratak Sungai

D’Lata Papan Dusun Camp

 Inap Sungai Salleh

 MY River Village ATV

Van Untuk Disewa

Bot Tasik Raban

Leathers Lenggong

Kuak Lata Papan Trip

 

Dapatkan eBook Percuma Istimewa Untuk Anda

destinasi-popular-menarik-kampung-kuak-lata-papan-rumah-sungai-my-river-village-van-untuk-disewa

Sila isi info di bawah untuk mendapatkan ebook percuma ini.

Nama
Email
Whatsapp no

Email Marketing by TrafficWave.net

Periksa email anda untuk mengesahkannya. Terima kasih.


Kuak Hill Resort

kuak-hill-kampung-kuak-lata-papan-jungle-trekking-sungai-air-terjun

Kuak Hill Resort adalah satu pusat percutian yang terletak di Kampung Kuak Lata Papan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dan pemandangan yang menarik boleh didapati daripada kawasan tanah tinggi Kuak Hill Resort. Anda boleh menempah bilik percutian anda di Kuak Hill Resort melalui website rasmi : kuakhillresort. com 

Klik untuk ke atas


Rumah Sungai Kampung Lata Papan

Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan adalah satu destinasi percutian yang berkos ekonomi dan amat sesuai dihadiri oleh seisi keluarga. Dengan suasana kampung yang nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota, ternyata Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja untuk berehat sambil bersantai dengan suasana di tepian sungai yang amat nyaman dan menarik. Sudah pasti, anda tidak akan menolak destinasi percutian yang hebat ini.

Sungai Kampung Lata Papan adalah menjadi tarikan utama dengan kedinginan airnya yang sejuk semulajadi dengan menyusuri batu batan memberikan pengalaman dan kenangan yang terindah. Ianya adalah sangat berbeza dengan destinasi – destinasi percutian anda yang lain kerana Sungai Kampung Kuak Lata Papan mempunyai banyak tempat- tempat yang menarik seperti Lata Kekabu dan Lata Papan serta sepanjang sungai tersebut yang menemui muara Tasek Raban.

Rumah sungai Kampung Kuak Lata Papan kini menjadi pilihan kepada penggemar- penggemar alam semulajadi ataupun golongan hiking. Mereka mencari destinasi yang keluar daripada kesibukan kotaraya dan mendapati tempat menarik yang boleh dikunjungi berada di Kampung Kuak Lata Papan. Terdapat pelbagai tarikan yang menjadi Rumah sungai Kampung Kuak Lata Papan menjadi begitu popular dan tempat destinasi idaman bagi percutian dalam desa yang aman tenteram lagi permai.

Klik untuk hubungi rumah sungai

air-jernih-rumah-sungai-percutian-resort-homestay-keluarga-perak-lata-papan-mandi-sungai

Kawasan sungai yang mendamaikan jiwa dan mententeramkan minda sesuai untuk seisi keluarga.

 

masakan-ikan-kampung-rumah-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Masakan dengan hidangan lauk pauk kampung yang amat memukau!

 

masakan-ikan-kampung-rumah-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Masakan terhidang dengan panas sambil menikmati suasana tepian sungai.

 

pemandangan-cantik-tepi-sungai-rumah-resort-masakan-kampung-cuti-malaysia-river-village

Pemandangan sungai yang berhadapan dengan bilik penginapan amat memberikan suasana berbeza.

 

resort-bilik-hotel-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Inilah percutian yang dinanti- nantikan oleh seisi keluarga.

 

resort-bilik-hotel-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Rumah sungai yang didirikan untuk menanti kunjungan anda.

 

rumah-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Pengalaman yang sungguh bermakna untuk anda sekeluarga.

 

rumah-sungai-percutian-resort-homestay-keluarga-perak-lata-papan-mandi-sungai

Keselesaan daripada kesibukan kota amat mendamaikan.

 

berkelah-sungai-percutian-resort-homestay-keluarga-perak-lata-papan-mandi-sungai

Tarikan istimewa menanti di  rumah sungai.

 

masakan-ikan-kampung-rumah-sungai-pakej-hutan-jungle-trekking-river-kampung-masakan-lauk-kampung

Inilah masanya untuk anda mengatur percutian seterusnya di rumah sungai!

Klik untuk hubungi rumah sungai 

 

Klik untuk ke atas


Bunga Rafflesia Di Hutan Bukit Kampung Kuak Lata Papan

Bunga Rafflesia adalah bunga yang terbesar di dunia. Ianya boleh didapati di kawasan hutan bukit Kampung Kuak Lata Papan. Dengan mengunjungi Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan, anda berpeluang untuk membuat satu lawatan juggle trekking ke dalam kawasan hutan bukit Kampung Kuak Lata Papan dengan diiringi oleh pemandu arah yang sangat berpengalaman seluk beluk kawasan hutan di Kampung Kuak Lata Papan.

flora-pokok-palma-rafflesia-rumah-sungai-kampung-kuak-lata-papan-percutian-homestay-resort-kuakhill

pokok-palma-rafflesia-rumah-sungai-kampung-kuak-lata-papan-percutian-homestay-resort-kuakhill

Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan segera ke Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan!

Klik untuk hubungi rumah sungai


Meriyong (MY) River Village

 

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-rivervillage-contacts

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-booking

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-chalet-rumah-sungai

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-lenggong

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-chalet-holidays

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-chalet-percutian

myrivervillage-my-river-village-kampung-kuak-lata-papan-meriyong-resort-chalet-cuti

MeriYong (MY)  River Village adalah merupakan satu resort yang baru dibangunkan di Kampung Kuak Lata Papan. Resort ini adalah hasil usahamana pemiliknya Tuan Ahmad Zamri Bin Osman. Ianya terletak disebelah sungai yang mengalir daripada kawasan bukit Kampung Kuak Lata Papan. Ianya boleh dikatakan sebagai satu rumah sungai baru di Kampung Kuak Lata Papan. Jika anda berminat untuk mendapatkan info mengenai resort ini, boleh sahaja menghubungi no whatsapp Syafiqah dan Fatin.

Klik untuk hubungi MY River Village 

 

Klik untuk ke atas


Teratak Sungai D’Kuak

rumah_sungai_kuak_lata_papan_resort_percutian_holiday_kampung_teratak_river_village_booking

rumah_sungai_kuak_lata_papan_resort_percutian_holiday_kampung_air_teratak_river_village_booking

rumah_sungai_kuak_lata_papan_resort_percutian_makan_tengahari_lunch_holiday_kampung_teratak_river_village

rumah_sungai_kuak_lata_papan_resort_percutian_holiday_kampung_air_teratak_malam_river_village_booking

Klik sini untuk info dari pemilik

Teratak Sungai D’Kuak adalah satu tempat penginapan dan perkelahan yang baru dibangunkan. Ianya adalah merupakan satu penginapan yang mampu milik dan dilengkapi dengan kemudahan asas serta kemudahan bersama set makanan. Adalah menjadi satu kelaziman kepada sesiapa yang mengunjungi Kampung Kuak Lata Papan untuk mandi sungai. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi pemilik Teratak Sungai D’Kuak melalui link di atas. Terima kasih.

 

Klik untuk ke atas

 


D’Lata Papan Dusun Camp

Klik sini untuk info dari pemilik

D’Lata Papan Dusun Camp adalah satu-satunya tempat penginapan ataupun resort yang berada di berhampiran Air Terjun Lata Papan. Ianya telah dibina semenjak tahun 2020 dan menjadi tumpuan kepada orang ramai yang ingin mandi manda di Lata Papan. Ianya merupakan satu kemudahan yang diperlukan kepada sesiapa yang ingin menghilangkan penat lelah dengan mengalami suasana alam sekitar semulajadi yang menyamankan lagi indah.

D’Lata Papan Dusun Camp mempunyai empat buat bilik yang serba lengkap. Ianya dilengkapi dengan dapur dan dewan makan bagi kemudahan penghuni yang ingin meninap semasa menikmati keindahan Lata Papan. Anda boleh mandi – manda bersama keluarga dengan penuh keselesaan di D’Lata Papan Dusun Camp.

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-air-terjun-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-mainair-air-terjun-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-parti-mainair-air-terjun-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

Klik untuk ke atas


Inap Sungai Salleh

Inap Sungai Salleh adalah salah sebuah resort yang terdapat di Kampung Kuak Lata Papan. Ianya terletak di seberang sungai Surau Ibrahimiah. Untuk pergi ke Inap Sungai Salleh, ianya perlu menyeberangi jambatan namun boleh diakses dengan kenderaan. Sila hubungi urusetia Inap Sungai Salleh bagi mendapatkan perkhidmatan dan  sesi penginapan anda di Kampung Kuak Lata Papan.

Klik untuk whatsapp

inap-sungai-desa-homestay-saleh-kuak-lata-papan-lenggong-resort-cuti-malaysia

inap-sungai-desa-homestay-saleh-kuak-lata-papan-lenggong-resort-cuti-malaysia-river

inap-desa-homestay-saleh-kuak-lata-papan-lenggong-resort-cuti-malaysia-kampung

inap-desa-homestay-saleh-kuak-lata-papan-lenggong-resort-cuti-malaysia

 


MY River Village ATV

MY River Village ATV adalah satu perkhidmatan rekreasi yang diadakan di Kampung Kuak Lata Papan. Antara perkhidmatan yang ada ialah resort kampung sungai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti di Kampung Kuak Lata Papan termasuklah aktiviti rekreasi seperti  mandi manda di Kampung Kuak Lata Papan.

MY River Village ATV turut juga menyediakan perkhidmatan sukan lasak ATV dengan harga perkhidmatan yang amat berpatutan. Laluan ATV adalah meliputi jalan tar, jalan off-road landai, jalan off-road berbukit dan trek mencabar “off-road” mini litar. Danglang Extreme Adventure turut juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti kedai mini serbaguna dan juga perkhidmatan photostat dan tempahan bunting untuk acara yang anda jalankan. Anda boleh menghubungi terus pengurus MY River Village di sini :

Klik untuk whatsapp

 

atv-kampung-rumah-sungai-my-meriyong-river-village-kuak-lata-papan-lenggong

atv-kampung-rumah-sungai-my-meriyong-river-village-kuak-lata-papan

atv-kampung-rumah-sungai-my-meriyong-river-village

 

 

 

Klik untuk ke atas


Van untuk disewa 

Kawasan Changkat Berangan, Raban, Kuak Lata Papan, Lenggong

kereta-van-sewa-toyota-hi-ace-hiace-van-for-rental-lenggong-raban-kuak-lata-papan-sewaan-motokar-pengangkutan

 

van-sewaan-toyota-hiace-pemandu-penumpang-rental-van-lenggong-kuak-raban-changkat-berangan-rumah-sungai-lata-papan

Jenis van : Toyota Hiace

Warna : Putih

Kapasiti penumpang : 10 orang

Jika anda mencari pengangkutan van untuk disewa bagi membuat perjalanan dengan pemanduan sendiri ataupun bersama pemandu, anda boleh hubungi terus pemilik van , Klik sini.

 

Klik untuk ke atas 


 

 Bot Tasik Raban

bot-boat-naikbot-tasik-tasek-raban-lenggong-empangan-chenderoh-gunung-cantik-murah

bot-boat-naikbot-tasik-tasek-raban-lenggong-empangan-chenderoh-gunung-cantik

Tasik Raban adalah salah satu destinasi yang anda boleh jelajahi di kawasan Lenggong, Perak. Dengan pemandangan yang menarik lagi memukau, sudah pasti ianya satu destinasi pelancongan yang anda tidak boleh lepaskan. Anda boleh melihat kecantikan semulajadi banjaran Titiwangsa dan banjaran Bintang serta empangan Chenderoh. Ditambah pula dengan pemandangan pokok teratai yang dipanggil sebagai mini amazon.  Bagaimananakah jika anda ingin menaiki bot di Tasik Raban.

Hubungilah:

Pemilik : Abang KO

FB: Topadventure Camp

Whatsapp : Klik Sini 

 

 


 Barangan kulit Lenggong

rumah-sungai-lenggong-kampung-mandisungai-murah-kos-rendah-leather-percutian-bot-naik-bot-produk-asli-kulit

rumah-sungai-lenggong-kampung-mandisungai-murah-kos-rendah-percutian-bot-naik-bot-produk-asli-kulit

Anda boleh mendapatkan barangan kulit Lenggong yang berkualiti dengan harga yang mampu milik. Ianya adalah dibuat dengan penuh ketelitian dan dihasilkan dengan mementingkan kehendak pelanggan. Anda sudah pasti merasakan ianya adalah satu produk atau cenderahati yang berguna daripada Lenggong. Pelbagai barangan kulit boleh diperolehi seperti tali pinggang, beg silang dan lain- lain lagi.

 

Hubungilah:

Pemilik : Encik Khairul

FB : Leathers Lenggong

Whatsapp : Klik Sini

 

Klik untuk ke atas 


 Kuak Lata Papan Trip

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-parti-kuaklatapapantrip-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

 

Assalamualaikum, kalau ada yang nak ikut, boleh maklumkan.
Hari Pertama (sabtu)
7.30 am – berkumpul di kg kuak lata papan
8 am – naik ke kuak hill 4×4, breakfast, mini bird zoo, awan nano (jika bernasib baik)
10 am- turun menggunakan 4×4.
10.30 am – mandi sungai lata papan
12.30pm- balik dr sungai , lunch recomended restoran tasik raban (sendiri).
2 pm – check in my river village.
3.30pm – visit galeri arkeologi/perak man kota tampan
4.30pm – visit masjid raja kg chepor (solat masjid)
5.15pm- berkumpul di jeti tasik raban
5.30pm- naik bot ke empangan chenderoh, mini amazon, teratai
7.00pm – balik jetty.
dinner bebas- recommended sekutwo terminal cinta cafe, sauk (sendiri)
Hari Kedua (Ahad)
7.15am-checkout, berkumpul di rumah sungai
7.30am- start rafflesia hiking
12pm- kembali ke rumah sungai, lunch provided, mandi sungai.
1.30pm – end activities di kampung, solat di surau ibrahimiah.
2.00 pm – Dapatkan ikan pekasam sebagai buah tangan, singgah kuala kangsar, masjid ubuidiah, medan selera, lembah sungai perak, barangan kraftangan, pokok getah pertama di Malaysia, MCKK, Clifford, etc.
Kos :
Breakfast Kuak Hill- rm20/pax
Mandi air terjun D’Lata Papan dusun camp – rm10/pax
Bot Tasik Raban-rm20/pax
Raffleasia hiking, permit, lunch, mandi di rumah sungai-rm60/pax
Total- rm110/pax
Tambahan: RM5 satu kereta parking & ada aktiviti ATV juga
Nota: accomodation book sendiri. Alternatif, my river village/rumah sungai / D’Lata Papan Dusun Camp & Teratak d kuak.
Target total dalan kumpulan ini: 10 orang atau 20 orang.

Jika berminat , boleh mesej. Terima kasih.

 

lata-papan-dusun-camp-mandi-manda-camping-healing-kuaklatapapantrip-resort-berkelah-sungai-latapapan-kampung-lata-papan-kuak-kolam

Klik untuk ke atas 


Lenggong, terletak di negeri Perak di Malaysia, adalah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati di Lenggong:

Muzium Arkeologi Lenggong: Muzium ini menempatkan artifak dan pameran yang menonjolkan penemuan arkeologi di Lenggong, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pameran di sini merangkumi sejarah penempatan manusia di kawasan itu sejak lebih daripada 1.8 juta tahun.

Tapak Arkeologi Bukit Bunuh: Tapak arkeologi ini terletak berhampiran Lenggong dan menempatkan lukisan gua prasejarah yang berusia lebih 3,000 tahun. Pengunjung boleh melakukan lawatan berpandu ke tapak untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kawasan tersebut.

Air Terjun Lata Kekabu: Terletak di luar Lenggong, air terjun ini merupakan tempat yang popular untuk berenang dan berkelah. Air terjun ini dikelilingi oleh hutan yang subur dan merupakan tempat yang bagus untuk menyejukkan badan pada hari yang panas.

Gua Gunung Runtuh: Gua ini terletak berhampiran Bukit Bunuh dan menempatkan beberapa lukisan batu purba yang dipercayai berusia lebih 5,000 tahun. Gua ini boleh diakses melalui pendakian singkat dan merupakan tempat yang bagus untuk perjalanan sehari.

Sungai Perak River Cruise: Naiki bot santai di sepanjang Sungai Sungai Perak dan nikmati pemandangan luar bandar yang indah. Anda juga berpeluang melihat perkampungan tradisional Melayu dan mempelajari cara hidup tempatan.

Lembah Lenggong: Lembah ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan menempatkan beberapa tapak arkeologi, termasuk Bukit Bunuh dan Gua Gunung Runtuh. Lembah ini juga terkenal dengan keindahan pemandangannya dan merupakan tempat yang popular untuk mendaki dan berkhemah.

Ini hanyalah beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati di Lenggong. Pekan ini kaya dengan sejarah dan budaya, dan terdapat banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan di sini untuk pelawat dari semua peringkat umur.