Apabila membuat perancangan aktiviti hujung minggu atau percutian, pasti kawasan rekreasi yang melibatkan sungai dan alam tersenarai dan menjadi pilihan utama untuk anda meluangkan masa bersama keluarga ataupun bersama rakan-rakan anda.

Sungai bukan sekadar salah satu hasil alam tetapi sungai juga memberi sumbangan yang penting dalam sektor pelancongan eko. Aktiviti yang menbabitkan sukan ekstrem di hutan lipur juga menjadi tumpuan terutamanya di sekitar Rumah Sungai Kampung Lata Papan Lenggong Perak ini kerana mempunyai sungai yang bersih yang menyebabkan pengunjung selalu berkunjung ke rumah sungai ini.

keseronokan-nikmati-alam-semulajadi-sungai

Bagi memastikan keadaan rumah sungai mahupun sungai-sungai yang ada di Malaysia dalam keadaan yang baik, Jabatan Pengairan dan Saliran sering melibatkan diri dalam merangka pelbagai program termasuklah ekspedisi melawat kawasan sumber air yang berupaya menjadi destinasi pelancongan eko.

Namun usaha untuk memastikan keadaan sungai bersih dan tidak dicemari, masyarakat setempat mahupun pelancong dan pengunjung yang melawati kawasan alam semula jadi ini menjadi lebih peka dalam menguruskan sampah supaya tidak mencemaarkan sungai.

Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga di sungai adalah seperti perkhemahan, perkelahan, mandi, manda dan melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang ekstrem yang banyak dianjurkan bagi program jati diri dan team building.

Akhir sekali, jagalah persekitaran sungai agar generasi akan datang boleh menikmati keindahan alam semula jadi seperti yang kita nikmati pada masa kini.

bermandi-manda-bersama-keluarga

Similar Posts