Aktiviti-Sukan-Lasak-Boleh-Dilakukan-Di-Sekitar-Nur-Lembah-Lenggong-Perak
Nur Lembah Lenggong merupakan sebuah perkampungan latihan dan reakreasi di Selat Pagar, Padang Grus Lenggong . Ia terletak di tebing Sungai Perak dengan dikelilingi ladang kelapa sawit kira-kira 500 meter dari jalan raya utama Kuala Kangsar – Gerik dalam 10 km daripada pekan Lenggong. Kem ini menyediakan kemudahan Tapak Perkhemahan, Dorm, Semi Dorm dan Chalet untuk pelanggan mengadakan program motivasi seperti kursus jati diri, kepimpinan, team building dan sebagainya. Seramai lebih kurang 300 peserta boleh ditempatkan untuk sesuatu program.
Kem ini telah beroperasi sejak tahun 2003 yang diuruskan oleh Era Mewah Sdn Bhd dan mulai tahun 2013 kem ini telah bertukar milik kepada Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad yang beralamat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti riadah ditawarkan antaranya Flying Fox, Obstcale, Management Games, explorace, Night Walk, River Crosing, Ekspedisi Berakit Sg Perak, Ekspedisi Gua Batu Kapur, Jungle Tracking Alam Semulajadi, Abselling, Jungle Survival dan sebagainya. Kem ini turut mempunyai sebuah jambatan gantung merentasi sungai perak sepanjang 300 kaki .
Pada tahun 2014, kem ini telah diiktiraf sebagai salah satu destinasi Perak Hub Of Team Building yang dilancarkan oleh Exco Perlancongan, Kebudayaan dan Kesihatan Negeri Perak pada 5 September 2015 di Ipoh Parade sempena Matta Fair Perak.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Menyediakan penceramah, modul, peralatan, penginapan dan makan minum sepanjang program
  2. Program perkhemahan bagi pelajar IPT dan Sekolah diberikan pakej istimewa.
  3. Menyediakan aktiviti luar yang dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman.
  4. Menyediakan pakej motivasi atau induksi yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan melalui perbincangan awal dengan unit latihan atau sumber manusia organisasi berkenaan.
  5. Menyediakan program susulan dan lanjutan selepas program latihan dilaksanakan;
  6. Modul kenegaraan, flora dan fauna serta sejarah kita disediakan apabila diperlukan pelanggan.

Aktiviti riadah ditawarkan antaranya : –

  • Flying Fox
  • Obstcale
  • Management Games
  • Xplorace
  • Night Walk
  • River Crosing
  • Ekspedisi
  • Berakit Sg Perak
  • Ekspedisi Gua Batu Kapur Jungle Tracking Alam Semulajadi
  • Abselling
  • Jungle Survival

KEMUDAHAN

  • Surau / Madrasah yang selesa
  • Dormitori & Perkemahan
  • Chalet berhawa dingin Dewan
  • Seminar berhawa dingin
  • Aktiviti Flying Fox merentasi Sungai Perak
  • Kolam Aktiviti & Memancing
  • Jambatan merentas Sungai Perak
  • Trekking Hutan, Sungai & Gua
  • Abselling & Repelling Kembara Air Terjun
  • Dewan Makan yang selesa
  • Dataran Kawad
  • Set BBQ
  • Tapak Perkhemahan
  • Kemudahan Telefon
  • Laluan berhalangan
  • Jaket keselamatan bagi aktiviti air
  • Pondok Rehat (Wakaf)
  • Pengangkutan Ekpedisi Berakit & Kayak

kem-motivasi-nur-lembah-lenggong-perak

pelbagai-aktiviti-yang-menarik-di-nur-lembah-lenggong-perak

team-building-aktiviti-berkayak

Similar Posts