Kelebihan-Melakukan-Aktiviti-Hiking-Yang-Ramai-Orang-Lain-Tidak-Tahu

Baru-baru ini, aktiviti berlari dan hiking menjadi pilihan golongan remaja untuk beriadah dan meluangkan masa lapang. Maka tidak hairanlah ramai sudah mula melakukan aktiviti hiking ini sebagai hobi masa lapang bersama keluarga. Boleh menyihatkan tubuh badan. Antara tujuan utama di samping menyihat tubuh badan adalah menyaksikan fenomena matahari terbit pada waktu pagi.

Bagi anda yang masih teragak-agak mahu memulakan aktiviti hiking, jom lihat senarai beberapa kebaikan daripada ativiti hiking ini.

Mengurangkan Pemikiran Negatif

Selain ketenangan yang diperolehi dengan pemandangan kehijauan alam sekitar, aktiviti hiking ini bagus untuk otak di mana ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah yang selalu berfikiran negatif. Keccenderungan berfikiran negatif inilah yang biasanya menyebabkan seseorang itu mengalami depresi dalam hidup.

kelebihan-hiking

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Aktiviti hiking biasanya akan mengurangkan pendedahan dan kebergantungan kita pada teknologi, seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif.

Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Aktiviti hiking adalah aktiviti yang bagus untuk membakar kalori dengan pantas, kira-kira 400 hingga 700 kalori setiap jam bergantung pada jarak dan kesukaran aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga sesuai untuk semua orang dengan pelbagai jenis dan bentuk saiz badan terutamanya yang berbadan besar jika dibandingkan dengan aktiviti sukan lain seperti berlari.

 

aktiviti-trekking

 

Kesimpulan

Aktiviti hiking terbukti dapat mengurangkan stress dan meningkatkan keyakinan diri. Sekiranya anda ingin memulakan menceburi bidang ini, sebaikmya cari kawan-kawan yang biasa melakukan aktiviti ini. Bermula dari bukit yang paling mudah, kemudian apabila sudah semakin selesa bolehlah perlahan-lahan tingkatkan kesukaran aktiviti hiking ada untuk lebih keriangan dan cabaran.

Similar Posts