Semasa di kampung, kebanyakan masa hanya duduk dalam rumah sahaja. Masa untuk menikmati kerehatan dan ketenangan tanpa sebarang gangguan. Lupakan seketika segala hal harian yang sebelum ini senantiasa mengganggu emosi dan minda.

Kenapa kawasan kampung menjadi tempat yang popular untuk dijadikan tempat untuk berehat dan tenang daripada masalah yang ada di kawasan bandar.

kecantikan-kehijauan-kampung

Suasana aman di kampung

Suasana yang segar dan nyaman tanpa sebarang pencemaran udara dan bunyi begitu mendamaikan. Dikelilingi oleh kehijauan pepohon serta nyanyian burung dan unggas, terasa hilang segala kekusutan.

Berbudi Dengan Tanah

Kehidupan di kampung yang menariknya adalah adanya tanah yang luas. Seperti yang anda sedia maklum di bandar sukar untuk ada tanah sendiri. Apatah lagi buat mereka yang tinggal di flat, apartmen atau kondo. Apabila ada tanah yang luas maka peluang untuk berbudi dengan tanah sudah menjadi satu kemestian. Tak betah mata memandang kalau lalang dan rumput memenuhi segenap ruang halaman dan kebun. Selain dari pokok-pokok bunga yang menjadi penyeri, pelbagai pokok buah-buahan dan sayuran turut menghijaukan segenap ruang tanah yang ada.

Udara yang Segar dan Tidak Sesak

Keindahan alam di kawasan kampung dikelilingi kawasan bukit bukau dan penuh kehijauan akan menjadikan diri kita terasa tenang dan seakan lupa masalah yang selalu kita hadap di bandar. Udara yang segar juga baik untuk kesihatan yang jarang kita dapati di bandar. Kesesakan lalu lintas di bandar tidak akan jumpa di kawasan kampung. Jadi kampung adalah tempat sesuai untuk kita tenangkan diri.

homestay-rumah-sungai-terbaru-sesuai-untuk-mencari-keindahan-alam

Similar Posts