Khazanah-Sejarah-Jambatan-Victoria-Berusia-Lebih-Daripada-Seratus-Tahun

Pernahkah anda mendengar tempat bersejarah yang bernama Jambatan Victoria.  Jambatan Victoria ialah sebuah jambatan kereta api yang terdapat di Pekan Karai, Kuala Kangsar yang merupakan salah satu khazanah negara yang masih kekal sehingga hari dan masih terpelihara dalam keadaan elok.

Jambatan ini telah dibina pada tahun 1897 dan dirasmikan oleh Sultan Perak ketika itu, Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada 21 Mac 1900. Semasa perasmian Jambatan Victoria ini turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak. Jika dikira dari tarikh perasmiannya, jambatan ini telah berusia lebih 121 tahun. Victoria Bridge merupakan jambatan keretapi antara yang tertua di Malaysia di mana ketika itu dikenali sebagai Malaya. Jambatan kereta api ini dinamakan sebagai Victoria Bridge sempena nama Ratu Victoria pada awal pembinaannya pada tahun 1897. Pada tahun 1897 adalah merupakan tahun pemerintahan Jubli Intan Ratu Victoria. Setelah tamat pembinaan, Afrika Selatan secara keseluruhannya telah berada di dalam pemerintahan baginda Ratu secara rasmi.

jambatan-victoria

Dari segi senibina pula diberikan tanggungjawab kepada dua orang jurutera untuk mereka membina jambatan ini ialah G.W Fryer dan C.R Hanson. Pembinaan jambatan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengangkutan bijih timah pada ketika itu. Malah, jambatan Victoria juga pernah mendominasi perhubungan dan menjadi laluan pengangkutan bijih timah yang penting antara negeri Melayu Barat termasuk ke Perlabuhan Pulau Pinang.

Jambatan ini mempunyai enam batang tiang yang kukuh daripada bata merah. Sir Frank Swettenham pernah menyatakan bahawa Jambatan Victoria ini merupakan jambatan keretapi terbesar di bahagian Timur di luar India.Semasa Perang Dunia Kedua, jambatan ini pernah dibom dan menurut cerita penduduk setempat, jambatan ini terbelah dua kerana jambatan Victoria ini adalah laluan pengangkutan yang utama suatu ketika dahulu.

Kini, jambatan ini tidak digunakan lagi sejak tahun 2002 kerana jambatan konkrit telah dibina bagi menggantikan peranan Jambatan Victoria dan dijadikan tarikan pelancong. Namun penduduk sekitar masih menggunakan jambatan ini untuk menyeberangi Sungai Perak dengan menggunakan motorsikal dan berjalan kaki.

Kesimpulannya, Jambatan Victoria mampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia kerana jambatan Viktoria ini sendiri mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri dan sangat menarik. Lokasi jambatan Victoria ini adalah antara tapak warisan sejarah negara yang perlu dikekalkan dan dikomersialkan selain lokasi ini sendiri menawarkan pemandangan yang cukup cantik, jadi apa lagi jangan lupa ziarahi tempat bersejarah ini di Pekan Karai Kuala Kangsar melawat sendiri jambatan Kereta api victoria”

Similar Posts