Nikmati-Keindahan-Alam-Di-Highland-Village-Kuak-Perak

Lenggong merupakan salah satu daerah menarik yang boleh dikunjungi di negeri Perak. Daerah Lenggong ini terletak kira-kira 100 km di utara Perak. Kawasan Lenggong ini menyimpan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara dari kerakusan aktiviti pembangunan. Tasik Raban ialah salah satu keindahan yang boleh dinikmati. Tidak jauh dari tasik ini, terdapat sebuah chalet atas bukit berhadapan Tasik Rabun iaitu Highland Village Kuak.

Highland Village terletak agak jauh ke dalam kawasan berbukit kira-kira 260 meter lebih tingi dari aras jalan raya dan jaraknya kawasan ini dari jalan utama adalah sejauh 1.5 km. Pengunjung juga akan melalui jalan berbatu sejauh 1 km untuk menuju ke resort Lenggong.

hihgland-village-kuak-pemandangan-yang-cantik-chalet

Highland Village Kuak ini baru saja dibangunkan pada tahun 2016. Kedudukannya terletak atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak. Dari atas bukit anda dapat nikmati pemandangan indah sekitar Tasik Raban, gunung ganang dan pemandangan hijau tumbuh-tumbuhan seolah-olah selimut hijau yang menyelimuti. Hanya dua pilihan chalet disediakan. Dari beranda chalet, anda boleh nikmati pemandangan Tasik Raban dan sekitarnya yang sungguh indah untuk dihayati pada waktu pagi dan petang.

highland-village-kuak-pemandangan-yang-cantik

Kolam renang menjadi salah satu daya tarikan menarik bagi mereka yang menginap. Ada tiga kolam mandi bersaiz agak besar terletak di hadapan Chalet. Dari beranda chalet, anda boleh mengawasi anak-anak kecil yang mandi manda dalam kolam. Kolam mandi ini dibuka juga kepada orang luar yang tidak menginap di chalet.

Biasanya pada hujung minggu, kolam mandi ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya orang tempatan. Pemandangan dari atas bukit tentunya menarik dan pengalaman yang susah untuk dilepaskan. Apatah lagi chalet ini terletak di kawasan kampung yang tentunya lebih tenang dan damai.

Similar Posts