Hutan lipur Lata Kekabu ini berkeluasan 10 hektar dan dihubungkan dengan jalan raya yang baik terletak lebih kurang 25 km dari bandar Kuala Kangsar atau 9 km dari pekan Lenggong. Kawasan hutan aslinya yang cantik dengan udara yang nyaman, kaya dengan pelbagai jenis pokok antaranya seperti Meranti, Kempas, Jelutong, Keruing dan lain-lain lagi. Anda dapat mengenali jenis-jenis pokok ini dengan hanya melalui lorong pejalan kaki yang telah dibina sepanjang kawasan perkelahan. Pokok-pokok ini dapat dikenalpasti oleh pengunjung melalui label yang disediakan.
Di bahagian hulu sungai hutan lipur Lata Kekabu pula terdapat air terjun yang lebih kurang 50 meter tinggi yang menjadi kawasan takungan air yang menjadi sumber air minuman penduduk kampung kawasan berhampiran. Kawasan ini juga sesuai dikunjungi untuk bersiar-siar, berehat dan berkelah di hujung minggu. Kemudahan tapak khemah dan dewan serbaguna, surau serta bilik mandi disediakan untuk kemudahan pengunjung yang ingin tinggal lebih lama di sini atau untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti pendidikan, rekreasi dan riadah. Hutan Rimba Lata Kekabu diselenggara oleh Pihak Jabatan Hutan.
Hutan Lipur Lata Kekabu merupakan taman rekreasi dalam kawasan Tasik Chenderoh. Jalan ke Hutan Lipur Lata Kekabu terletak lebih kurang dari satu kilometer dari jalan utama Kuala Kangsar ke Lenggong, Perak. Papan tanda taman rekreasi ini jelas terpampang di papan tanda di jalan utama. Dengan melalui jalan yang berturap, pengunjung akan sampai ke tempat meletak kereta yang luas.
Dari situ, laluan pejalan kaki akan membawa pengunjung ke pintu masuk. Terdapat peta disediakan yang menunjukkan kawasan air terjun dan kawasan sekitarnya. Terdapat kemudahan awam yang kemas dan terjaga di taman ini. Kawasan berkelah, chelet kayu, tempat rehat berbumbung disediakan. Bilik persalinan dan tandas juga ada. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang menawarkan minuman dan makanan pada pengunjung. Laluan pejalan kaki yang berturap konkrit dibina bagi memudahkan pengunjung berjalan antara pokok di kawasan ini.
Di penghujung tempat berkelah, air terjun setinggi 4 meter mencurah ke dalam kolam perkelahan. Terdapat jambatan gantung disediakan bagi pengunjung yang ingin menjelajah hutan di sebelah ulu. Hutan Lipur Lata Kekabu terletak di banjaran Banjaran Bintang, dan diselitupi hutan hujan tropika, sungai yang bengkang-bengkok dan air terjun setinggi 50 meter. Ia terletak 10 kilometer dari bandar Lenggong dan 25 kilometer dari Kuala Kangsar. Hutan Lipur Lata Kekabu berada di bawah penyelenggaraan Jabatan Perhutanan Perak. Kebanyakan pokok diletak tanda nama bagi memudahkan pengunjung mengenali jenis-jenis pokok yang terdapat di sini. Hutan Lipur Lata Kekabu terletak berhampiran dengan Muzium Arkeologi Lenggong, hanya 2 km di laluan yang sama.