Sungai merupakan salah satu lokasi yang paling digemari dan menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia. Suasananya yang tenang dan dekat dengan alam semulajadi yang menjadikan sungai ini menjadi pilihan yang paling popular untuk menghabiskan masa dengan keluarga pada hujung minggu. Air sungai yang jernih dan pemandangan hutan yang sangat cantik antara perkara yang menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke Homestay Rumah Sungai yang unik di Perak.
Homestay Rumah Sungai ini terletak di Kampung Kuak Lata Papan, Lenggong, Perak. Homestay Rumah Sungai ini dikatakan unik kerana homestay ini dibina betul-betul berhadapan dengan sungai. Setiap sudut homestay yang dibina mempunyai balkoni yang menghadap ke arah sungai. Sesuai bagi anda untuk berehat dihujung minggu untuk mencari ketenangan kerana anda boleh lihat pemandangan air susngai yang mengalir dari rumah sambil menikmati udara yang segar.
Tak perlu risau tentang makanan kerana makanan juga turut disediakan sepanjang anda tinggal di rumah sungai ini. Dan anda boleh membuat pelbagai aktiviti bersama keluarga. BBQ juga antara salah satu aktiviti yang wajib dilakukan bersama keluarga setelah puas mandi sungai. Bagi yang ingin mengelilingi kawasan homestay tersebut anda boleh menyewa basikal dan boleh berbasikal di trek yang disediakan. Hiking juga menjadi salah satu pilihan untuk melakukan aktiviti sepanjang anda berada di rumah sungai kerana lokasi homestay rumah sungai ini dikelilingi kawasan bukit.
Jadi, apa tunggu lagi, jadikan homestay rumah sungai ini antara tempat yang anda ingin bercuti bersama keluarga pada masa akan datang.