Sejarah-Pembukaan-Terminal-Bas-Di-Perak-Sebagai-Kemudahan-Pengangkutan-Orang-Awam

Untuk pengetahuan anda Terminal Bas Medan Kidd adalah antara terminal bas yang terawal di Ipoh pada satu ketika dahulu sejak ianya dibuka kepada orang awam. Sesiapa sahaja yang ke Ipoh dengan menggunakan bas awam, sudah pasti pernah menjejakkan kaki di terminal bas Medan Kidd ini. Terminal bas Medan Kidd ini telah dibuka pada umum untuk orang awam sejak pada tahun 1938 lagi.

Terminal Bas Medan Kidd

Lokasi terminal bas Medan Kidd adalah terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Apa yang mungkin anda tidak tahu, nama Jalan Tun Abdul Razak sebelum ini adalah Kidd Road Station di mana ia dinamakan untuk menggantikan nama asal iaitu Hill Street. Kidd Road Station sempena nama seorang pegawai British.

keadaan-terminal-bas-medan-kidd-di-ipoh-pada-awal-pembukaannya

George Montgomery Kidd

Major George Montgomery Kidd adalah nama kepada seorang pegawai British yang dimaksudkan. Terminal bas ini dinamakan sempena nama Major George Montgomery Kidd adalah kerana ingin mengelakkan kekeliruan tentang wujudnya sebuah terminal bas lain di Jalan Tanjung Rambutan di Ipoh. Jadi, nama terminal bas ini dinamakan sempena nama Major George Montgomery Kidd kerana ianya dekat dengan penjuru jalan Kidd Road Station pada ketika itu sebelum ia bertukar nama ke Jalan Tun Abdul Razak.

Pada peringkat awal pembukaan terminat bas Medan Kidd ini sebagai terminal bas utama di Ipoh, ianya dibina daripada papan dan kayu sahaja tidak seperti sekarang ini. Untuk makluman anda, pada tahun 1960, barulah bangunan batu dibangunkan dan dibina semula bagi tujuan menaiktaraf dari keadaan asalnya. Apa yang anda dapat lihat hari ini, itulah dia bangunan batu yang kekal sejak ia dinaiktaraf pada tahun 1960 itu.

Syarikat bas yang pertama sekali beroperasi di terminal bas Medan Kidd adalah Red Buses dan Green Buses atau lebih dikenali dengan nama Bas General. Dalam tahun 1960 sewaktu projek naik taraf terminal bas Medan Kidd selesai, muncul pula syarikat-syarikat baru seperti Ipoh Omnibus Co, Kinta Omnibus Co, General Omnibus dan Reliance Co. Hari ini, apa yang kita dapat lihat Perak Transit dan Rapid adalah tunjak kepada operasi pengangkutan bas awam di Perak.

terminal-bas-medan-kidd-ipoh-pada-masa-kini

Similar Posts