Sudahkah-Anda-Hiking-Di-Bukit Larut-Perak-Salah-Satu-Tempat-Bersejarah-Di-Malaysia-Yang-Anda-Boleh-Lawati

Bukit Larut merupakan antara salah satu kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau nama lainnya adalah Maxwell Hill, Maxwell Hill dinamakan sempena residen British pada ketika itu yang bernama George Maxwell pada tahun 1880. Yang menariknya Bukit Larut Perak ini adalah suhunya lebih kurang seperti Cameron.  Suhu pada waktu siang di Bukit Larut adalah antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencapai 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut hanya mengambil masa selama 30 minit dengan melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Pada asalnya, bukit ini digunakan sebagai tempat untuk berehat buat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika pada zaman itu. Oleh kerana akses untuk jalan ke puncak cukup sukar dan tidak berturap dengan jalan tar, jadi mereka yang ingin ke puncak perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13 km atau menunggang kuda padi ataupun menaiki tandu yang diusung.

Untuk makluman anda, Bukit Larut adalah antara kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit akan turun di kawasan ini. Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan untuk Perak dan Indonesia, Jepun telah mengerah buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Kini, jalan yang ada adalah merupakan hasil titik peluuh tawanan perang serta orang tempatan yang di paksa  untuk menyiapkan jalan dari kaki bukit sehinggalah ke puncak bukit.

Setelah British mengambil alih semula Bukit Larut, kegiatan pertanian seperti tanaman strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Bukit Larut pada ketika itu mempunyai kebun teh yang telah dibina pada tahun 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands. Banyak projek tanaman gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands. Pada tahun 2009, terdapat juga percubaan untuk menanam bunga tulip di sini tetapi ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.

Kepada anda yang ingin berjalan dengan cuaca yang tidak panas dan menikmati pemandangan yang cantik di Bukit Larut ini. Anda di sarankan untuk bercuti di sini. Sekurang-kurangnya kita tahu serba sedikit sejarah Bukit Larut ini. Ingat! Dengan mempelajari sejarah sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan belajar daripada kesilapan orang-orang terdahulu.

Similar Posts