Tempat-Makanan-Yang-Menarik-Yang-Anda-Boleh-Cuba-Sekitar-Ipoh-Perak

Ipoh merupakan ibu negeri Perak, jadi jelaslah yang bandar ini memang sangat popular. Bukan sahaja dengan tarikan pelancongan seperti Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, malah tempat makannya juga berbagai.

Tercari-cari tempat makan sekitar Ipoh yang boleh anda tuju?  Ada beberapa tempat makanan yang best untuk anda cuba.

Laksa Saranghae

Restoran Laksa Saranghae ini terletak di Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, Ipoh, Perak. Pasti ramai yang tertarik dengan namanya yang berbunyi ala-ala Korea di hujungnya. Cuma ia tidak menyediakan masakan Korea tetapi menghidangkan masakan Melayu terutamanya laksa. Laksa Saranghae atau Laksa Sarang Kontena ini sangat terkenal dengan laksa sarang. Jika anda ke negeri Perak, hidangan ini sememang antara yang paling popular. Boleh cuba di restoran Laksa Saranghae. Selain itu, ABC mereka juga sangat terkenal. Ada berbagai jenis ABC yang disediakan, yang pasti kesemuanya bukan sahaja manis malah menyegarkan.

Restoran Shabu Shabu Ipoh

Restoram Shabu Shabu Ipoh terletak di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Negeri Perak. Mahu menikmati steambot bersama keluarga? Singgah sahaja di Restoran Shabu Shabu Ipoh! Restoran ini merupakan antara restoran steambot yang sangat terkenal di sini. Ada Pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh anda pilih. Ada makanan laut, BBQ, pencuci mulut dan masakan panas. Kalau dinikmati beramai-ramai, pasti meriah.

Ipoh Hainan Chicken Rice

Restoran Hainan Chicken Rice terletak di Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Anda yang sukakan nasi ayam Hainan? Tidak dinafikan hidangan ini memang disukai ramai dek kerana rasanya yang lebih asli dan enak. Untuk menikmatinya, singgah sahaja di Ipoh Hainan Chicken Rice. Keistimewaan utama nasi ayam Hainan di sini terletak pada ayam panggangnya yang rangup dan manis serta ‘juicy’ isinya. Menu lain yang boleh anda pesan bersama ialah Deep Fried Tofu in Oyster Sauce.

Suhaimi Cafe

Suhaimi Cafe terletak di Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh, Negeri Perak. Pernah cuba roti Benggali? Atau mengidam untuk menikmatinya? Di Ipoh, kafe ini memang sangat terkenal dengan hidangan tersebut. Semestinya di Suhaimi Cafe. Roti Benggali ini merupakan roti bakar yang tebal dan sangat lembut teksturnya. Hidangan ini cukup enak jika dicicah bersama kari ayam yang pekat. Untuk minuman pula, ramai pelanggan menggemari Kopi Vietnam yang dikatakan lebih pekat rasanya berbanding kopi biasa. Memang sesuai dinikmati semasa sarapan.

Warteg Ipoh

Warteg Ipoh terletak di Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak. Ada yang suka memakan makanan laut? Di Ipoh, antara restoran shell out yang boleh anda kunjungi ialah restoran Warteg Ipoh. Set shell out yang menjadi kegemaran ramai pelanggan di sini ialah Javanese Set. Yang unik tentang set ini ialah ianya berkonsepkan hidangan Jawa. Set ini menyajikan sambal Jawa asli bersama makanan laut seperti ketam, udang, kerang, lala, sotong bersama tempe, tauhu, suhun, kacang panjang dan brinjal. Makanan lautnya dikatakan segar, jadi anda patut cuba.

Similar Posts